Kolaborasi Blanc & Eclare

Pada Oktober 2014, Blanc & Eclare bekerjasama dengan yayasan "Help For Children" yang bertekad untuk mencegah dan merawat kanak-kanak yang berdepan dengan keganasan. Melalui pertandingan reka bentuk, Blanc & Eclare menyeru masyarakat untuk merekabentuk cermin mata mereka sendiri. Reka bentuk yang berjaya akan dihasilkan dan dimasukkan ke barisan produk Blanc & Eclare, dengan semua keuntungan dari penjualan tersebut disalurkan ke yayasan 'Help For Children'.[7]

Pada tahun 2018, Blanc & Eclare mengumumkan sebuah pakej baru hasil kolaborasinya dengan The Landmark Mandarin Oriental, Hong Kong. Pakej tersebut meliputi pakaian yang direka khas untuk tetamu.[8] Pada tahun yang sama, Blanc & Eclare juga mengumumkan kolaborasi terhad bersama model Korea Selatan, Irene Kim, yang dipanggil "Love is Good".[9] Pada September, Blanc & Eclare dan Keds berkolaborasi untuk meraikan Minggu Fesyen New York dengan mengadakan sebuah acara eksklusif. Beberapa pembeli dapat menerima kasut Triple Kick buatan Keds yang dihasilkan oleh Blanc & Eclare dan ditandatangani oleh Jung.[10] Pada Oktober, jenama ini bekerjasama dengan Zalora untuk melancarkan koleksi beg edisi terbatas yang direka oleh Jung dengan nama "Poppy".[11] Kolaborasi kedua dengan Zalora dilancarkan pada November, dengan nama "Rosie".[12] Pada Disember, Blanc & Eclare berkolaborasi dengan Casetify untuk melancarkan koleksi sarung ekslusif untuk iPhone.[13]

Pad.a Mei 2019, Blanc & Eclare berkolaborasi dengan Vogue Korea untuk Vogue Market tahunan keduanya. Koleksi edisi terhad ini mengandungi sebuah beg mini kanvas yang terdapat dalam empat warna berbeza, dan dilengkapi dengan gantungan kunci yang dapat dilepaskan.[14][14]